Sunday, July 13, 2014

Ok Go! - Band yang Super Duper Kreatif

Ok Go! - The writing's On The Wall.

Antara band favourite yang sangat kreatif dalam pembikinan video clip lagu diorang.
Dan yang terbaru yang ni pulak!

Tuesday, July 8, 2014

Pijak Kepala

Sekali orang berjaya pijak kepala kita, tak mustahil dia akan ulang perbuatan yang sama.
Terutama kepada kita yang baru. Atas satu alasan yang sama.

"UNTUK PENGALAMAN ORANG BAHARU"

Sabarlah hati......




Monday, July 7, 2014

Salam Ramadhan

Anggaplah ini ramadhan terakhir kita agar kita berlumba-lumba mengejar fadhilat nya. 

Berehatlah dari mengejar dunia, gandakan amalan untuk akhirat kelak

Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."


Monday, June 30, 2014

Aku rindu...

Aku rindu nak pergi sekolah dengan perasaan excited.
Aku rindu nak mengajar student yang ternanti-nantikan bila kelas aku.
Aku rindu nak mengajar dengan menggunakan ABM.
Aku rindu nak mengajar dengan penuh gelak ketawa anak murid.
Aku rindu nak mengajar sambil menyanyi-nyanyi terkinja-kinja sambil main gitar depan kelas.
Aku rindu nak buat kuiz kat budak-budak yang penuh dengan hadiah.
Aku rindu nak mengajar guna powerpoint..
Aku rindu nak mengajar guna gambar-gambar student yang aku edit utk jadi komik ilmiah.
Aku rindu nak mengajar guna video-video comel, kelakar dan penuh aksi yang dapat buat student excited.
Aku rindu nak student belajar sambil bermain games-games yang aku cipta.
Aku rindu nak hias-hias buku rekod aku cantik-cantik penuh colourfull dan tampal sini sana.
Aku rindu suasana dalam kelas yang ceria yang penuh feedback student.
Aku rindu nak tengok student rasa bersalah gila kalau waktu aku tak bawak buku.
Aku rindu student request denda dengan rela hati sendiri sebab buat kesalahan.
Aku rindu tengok student dapat jawab soalan-soalan ujian aku dengan cemerlang.
Aku rindu nak bertukang-tukang dalam bengkel dengan student.
Aku rindu nak mengajar dalam bengkel.
Aku rindu nak mengajar dengan alatan yang serba lengkap dalam bengkel.
Aku rindu tengok student yang jalan pergi bengkel dalam barisan yang cantik, tapa terputus barisan, tanpa potong dan tanpa bercakap sambil jari telunjuk dibibir.
Aku rindu nak mengajar student yang betul-betul fokus bila aku bercakap.
Aku rindu time ada event, orang bagi kerja kat aku, xda sapa nak push2. Aku tau kerja aku.
Aku rindu waktu senggang, dapat bergaul dengan rakan-rakan sekerja tanpa dengar sipolan mengata sipolan.
Aku rindu nak mengajar kelas yang berbeza-beza, bukan satu kelas tu aku seorang je nak ajar semua subjek.
Aku rindu suasana waktu rehat, student akan datang bengkel ramai-ramai nak berborak-borak dgn aku dan nak bg ikan makan.
Aku rindu nak ada guru besar lelaki, lelaki ni kerja smart bukan menceceh-ceceh.
Aku rindu nak pergi sekolah, bertolak pukul 7.10 am dari rumah.
Aku rindu dengan rakan sekerja yang tak pernah cakap belakang.
Aku rindu dengan rakan sekerja yang tak ambil kesempatan.
Aku rindu tengok rakan sekerja buat esaimen sambung belajar sendiri, bukan sub kan kat aku. Baik aku je yg sambung belajar.


P/S:
"AKU RINDU" ni sebenarnya post 2012. Tapi tak publish..2014 Cita-cita nak jadi guru yang cemerlang kini jauh menyimpang ..

Hi !

acah2 update.. =)

Wednesday, February 20, 2013

Monday, July 30, 2012

Harapan Ramadhan


Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula
Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti