Monday, July 30, 2012

Harapan Ramadhan


Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula
Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tuesday, July 17, 2012

School Of Rock...yeahh

Seven Nation Army...
dari kecik gua suka sangat lagu rock oleh The White Stripes ni...


So sempena Euro haritu pun kat stadium ramai ang chant2 lagu ni,
so gua cari not lagu ni sendiri pakai rekorder n bantuan software guitar pro 5, so ni la hasilnye..







Walaupun kelas hujung (lemah), bab muzik diorang memang cepat sangat tangkap..
Inilah anak didik gua merangkap anak-anak gua..
Walaupun ramai yang cakap mereka ni lambat bila belajar, gua sebagai guru kelas 4B memang terasa kot..
So bagi nak buktikan diorang ni sebenarnye cepat tangkap, gua train diorang betul2 masa muzik..
Ini 1st time main lagu ni, insyallah dah power sikit+ tambah perkusi lagi gua kasi upload balik ye..hehe

Tuesday, June 26, 2012

Tips untuk memberi ucapan kepada guru2 baharu

Dari mula-mula nak apply maktab, sampai dah jadi cikgu, setiap kali dgr ucapan atau ceramah, mesti cakap benda yang sama x kira siapa pun.. Sampai dah boleh hafal..

1-Kena mulakan dengan bandingkan pasal gaji dulu2 (2-3 rat) dgn gaji permulaan cikgu sekarang. Lah la 2-3 rat, siap ada lagi cukup nak hantar ke kampung...

2- 1st posting mesti kena pendalaman2 nak g sekolah lalu tanah merah2 takde tar.. naik sampan la, naik turun bukit la redah hutan la.. haih

mungkin nak suruh rasa bersyukur, ye memang bersyukur sangat.
Cuma macam x adil plak nak banding-bandingkan keadaan dulu dgn sekarang..
Harga barang2 dulu dengan sekarang pun kenalah bandingkan jugak. Situasi dia tetap sama..Heheee 
-sekadar renungan-

Wednesday, June 20, 2012

Haram Jadah



















Selepas hampir banyak duit aku terbuang, banyak melabur, tapi xda apa2 keuntungan.. Baru aku rasa Chikapowwow ada unsur-unsur perjudian.
Korang jangan terpedaya dengan harga barang diorang.. Walaupun sebenarnya contoh satu PS3 rm10 sahaja, tapi 1 chikas = rm1.50 , 1000 kali chikas dah mau dekat rm1500..

Iu baru seorang, belum masuk orang lain lagi.. subhanallah... sungguh jahil hamba mu ini... Last-last lepas melabur banyak-banyak, orang lain yang menang... :,(

Friday, April 13, 2012

Spontan!

JAWAB SECARA SPONTAN: Menguji sejauh mana konsentrasi kita.. :) - Jawab spontan, jangan banyak fikir, - Baca satu demi satu, - Concentrate!


- KITA MULA :
Permainan konsentrasi warna :
1. Kertas A4 apa warna dia ?
2. Asap warna dia ?
3. Tisu warna dia apa ?
4. Lembu minum apa ?
Yang jawab susu konsentrasi anda terganggu, sebab lembu minum air..


1. Rambut anda warna apa ?
2. Tulisan ini warnanya apa ?
3. Jalan raya warnanya apa ?
4. Kelawar tidurnya bila ?
Yang jawab malam, ertinya kosentrasi anda terganggu. Sebab kelawar tidur siang hari.


1. Warna cendol apa ?
2. Daun kelapa warnanya apa ?
3. Warna bagi kebanyakkan rumput ?
4. Harimau makanannya apa ?
Yang jawab rumput itu salah. Sebab harimau makan daging.


::copy n paste:) 

Monday, March 5, 2012

Friday, March 2, 2012

Hati ini bukan milik ku lagi




Terukir Di Bintang

Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku cuba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia
Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan… kamu…
Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa di hatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu



Gua belum nak kahwin, tapi makin hampir dengan alam rumah tangga

Friday, February 17, 2012

Student Menguji Kesabaran 3

Situasi 3 : DALAM KELAS

Kelas : 4B
Masa : English (keesokan harinya selepas peristiwa Student Menguji Kesabaran 2.)

Sebelum baca kisah ni, sila baca Student Menguji Kesabaran 2 dahulu.



Kali ni gua masuk kelas lagi.
Yakin yang kalau gua tanye "What is your name? How old are you?" comfirm dengan semangat budak-budak 4B ni boleh jawab dengan cemerlang.

Gua langkah je masuk kelas....

"Class!!!!! Stand Up!!" jerit Aidil, selaku ketua kelas..

"Yes Monitor!!!" sahut anak-anak buahnya dengan penuh bertenaga sambil terus berdiri tegak.


Gua renung tajam semua student dengan muka tiada senyum, kemudian gua alihkan pandangan dekat lantai kelas. Bagus tiada satu pun sampah! selepas hampir 2 minggu didik diorang pastikan sebelum gua masuk kelas, pastikan x ada sampah kat lantai. Sekarang alhamdulillah berjaya. Dari jauh je nampak gua nak masuk kelas, pasti cepat2 diorang kemaskan kelas. Kutip sampah dan susun meja.


Aidil tgk rakan-rakan dan pastikan anak buahnya semua berdiri tegak, umpana sedang berkawad, baru mereka dibenarkan beri salam. Itu juga salah satu peraturan aku untuk setiap kelas yang aku ajar.

"Assalamualaikum and good morning, Sir Amir" jerit aidil lagi sambil disambut oleh murid yang lain.


Selepas menjawab salam dan membaca doa. Aku pun dengan mesranya bertanya kepada seluruh kelas,

"How are you today?"


Dengan wajah yang konfiden dan suara yang penuh semangat, satu kelas menjawab

"TODAY IS TUESDAY!" 



Lalu gua mengesatkan air mata. Tak sempat lagi nak tanya "HOW OLD ARE YOU",  dah nak kena betulkan yang ni pulak. Semoga mereka insan-insan istimewa ni dirahmati. amiin




Thursday, February 16, 2012

Student Menguji Kesabaran 2



Situasi 2: DALAM KELAS



Kelas: 4 B
Masa : ENGLISH

Baru set induksi.. dah menguji kesabaran


"If people ask u  WHAT IS YOUR NAME? What should you answer??

Sambil tanya seorang-seorang, semua berjaya jawab dengan cemerlang.

"If people ask you HOW OLD ARE YOU???

sambil tunjuk seorang budak barisan pertama,

"Errrrrr...." sambil garu kepala tak gatal

"Okay you!" sambil tunjuk orang sebelahnya

"HOW OLD ARE YOU???" aku ulang lagi soalan

"hmm.. ARE YOU!" dengan selamber......

lepas tu daripada barisan 1st, sampai la meja barisan belakang sekali jawab

"ARE YOU"

T_T

tak pasal-pasal satu hari tu aku mengajar HOW OLD ARE YOU je...

Student Menguji Kesabaran 1

Situasi 1: UJIAN DIAGNOSTIK


Kelas: 3 A (relief)
Masa : Kertas Bahasa Malaysia (penulisan)

Sambil buat muka garang, ronda-ronda dalam kelas. Kebanyakan murid belum siap menjawab.
Taknak diorang bising, aku terus meronda dengan muka ketat. Tiba-tiba.......
 "WOI!!! MANA BOLEH PERGI TANDAS MASA TENGAH UJIAN"
jerit Mirul(bkn nama sbnar, murid 3A, anak seorang cikgu berpengaruh) kepada seorang murid 3B yg lalu didepan kelas..

perrghhhh panas hati gua.. mentang2 anak cikgu.. gua sabar....pandang sebelah mata, tutup dua belah telinga..


Dungggg!!!!...Dannnng!!!!! Dunggggg!!!... ada murid gendang meja kuat2...
ohhhh.. Mirul lagi... nak ku tangan, tak boleh..
pergi kat meja dia, semak kertas jawapan... cisss belum jawab satu pun bahagian bina ayat "nilai2 murni" yg diberikan.
Gua diri sebelah dia, paksa dia buat.. sambil sound

"mak awak kan terer BM, takkanlah awak x boleh nak jawab yang ni."


Seperti tercabar dengan kata-kata aku tadi, dia pun tulis jawapan..

Kasih Sayang
Amir sangat kasih sayang kepada keluarganya

Baik Hati
Asyraf seorang budak yang baik hati kerana membantu saya dalam pelajaran.

Tolong-menolong
Mirul dan Amir saling tolong-menolong antara satu sama lain

Patuh
Mirul patuh kepada arahan cikgu Asyraf.



Memang menggugat iman budak ni seorang..


p/s: Kalau aku ada anak, aku taknak hantar anak satu sekolah. Biarlah cikgu2 dia ajar sama adil dengan murid lain. Nak marah, marahlah. Jangan Bias!
































Tuesday, February 14, 2012

Guru Besar Pantau

Ok, harini pagi-pagi lagi guru besar masuk tiba-tiba untuk membuat pemantauan mengejut. Nasib baiklah dia masuk time muzik. Dengan dikurniakan suara ala-ala anuar zain, habis suara perut aku keluarkan. Dan hasil pemantauan...
Rancangan mengajar Harian anda ditulis dengan sangat baik. Suara Jelas, arahan tepat, dan kawalan kelas amat baik. Tulisan dipapan hitam kemas. Guru penyayang diterapkan. Tahniah,teruskanlah usaha.
T_T terharunyelah... mcm Guru Besar nak ambil hati je pun ada gak komen ni.. Apa-apa pun, ALHAMDULILLAH..... Memang memberi aku semangat dan aku nak mengajar lebih pun lebih yakin..mudah-mudahan.. P/S: bab tulisan kemas tu mmg magic pagi tu, slalu tulisan bersepah.. penangan GB pantau kot..haha

Thursday, February 2, 2012

Monday, January 9, 2012

Misi Posting 901: doa emak + harapan atok ayah VS borang posting + pendinding diri

Seperti yang di janjikan menteri yang bertanggungjawab (Dato seri Dr Wee Kasiong) pada twitter nya, dia menyatakan penempatan ke sekolah adalah pada hari ini.
walaupun ada sedikit sebanyak kekeliruan, penangguhan dari hari ke hari, jam ke jam, dan minit ke minit, alhamdulillah lewat malam 9 januari 2012, Semakan Penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) boleh dilakukan.

Sepanjang penantian keputusan penempatan guru ni, ramai kawan-kawan, kenalan saudara-mara termasuklah kat mak dan ayah aku tak habis-habis bertanyakan tentang posting. Kadang-kadang mereka terlebih excited berbanding tuan punya diri ni. Sampai Aku rasa sangat berdosa pada diorang sebab aku macam tak ada apa-apa perasaan pun nak posting ni. Aku memang macam ni, kalau sesuatu berita yang best, aku tak akan terlalu excited. Kalau aku over excited, mesti benda tu tak akan jadi kenyataan atau ada je halangan akan berlaku.

dan ini keputusan nya

Sunday, January 8, 2012

Hye..nama dia Natalia!

3 minggu lepas aku ada nak post entri baru, tapi sampai sekarang entri tu tak siak lagi.
Dan sekarang ada entri yang lain pula...



tiba-tiba sorang junior aku tegur aku kat FB.

Jr:aku tgk video ko mandikan hamster tadi..cute seh...hahaha

Aku:hahah cam syial la... zalia tayangkan ke ko rembat aku punye asgment?

Jr: x..zulkafli tyangkan...sumpah cute..ayu giler..hahaha

Aku: hahaha mana pulak en zul dapat cd tu? kantoi kot cara aku buat tu salah....hahaha video tu x wajib pun, saje je buat last2 minute nak psiko bdk team lain.. haha


*Zalia & zulkafli tu lecturer*

damn malu! terus aku cari balik video tu dan jumpa! hahah
diedit oleh aku dalam masa 1o minit je lagi nak dateline.
nk psiko group lain punye kerja!!
last-last semua group kena buat video.. kesian diorang
maafkan aku kawan-kawan =)
dan nama hamster group aku tu Natalia!!