Friday, February 17, 2012

Student Menguji Kesabaran 3

Situasi 3 : DALAM KELAS

Kelas : 4B
Masa : English (keesokan harinya selepas peristiwa Student Menguji Kesabaran 2.)

Sebelum baca kisah ni, sila baca Student Menguji Kesabaran 2 dahulu.



Kali ni gua masuk kelas lagi.
Yakin yang kalau gua tanye "What is your name? How old are you?" comfirm dengan semangat budak-budak 4B ni boleh jawab dengan cemerlang.

Gua langkah je masuk kelas....

"Class!!!!! Stand Up!!" jerit Aidil, selaku ketua kelas..

"Yes Monitor!!!" sahut anak-anak buahnya dengan penuh bertenaga sambil terus berdiri tegak.


Gua renung tajam semua student dengan muka tiada senyum, kemudian gua alihkan pandangan dekat lantai kelas. Bagus tiada satu pun sampah! selepas hampir 2 minggu didik diorang pastikan sebelum gua masuk kelas, pastikan x ada sampah kat lantai. Sekarang alhamdulillah berjaya. Dari jauh je nampak gua nak masuk kelas, pasti cepat2 diorang kemaskan kelas. Kutip sampah dan susun meja.


Aidil tgk rakan-rakan dan pastikan anak buahnya semua berdiri tegak, umpana sedang berkawad, baru mereka dibenarkan beri salam. Itu juga salah satu peraturan aku untuk setiap kelas yang aku ajar.

"Assalamualaikum and good morning, Sir Amir" jerit aidil lagi sambil disambut oleh murid yang lain.


Selepas menjawab salam dan membaca doa. Aku pun dengan mesranya bertanya kepada seluruh kelas,

"How are you today?"


Dengan wajah yang konfiden dan suara yang penuh semangat, satu kelas menjawab

"TODAY IS TUESDAY!" 



Lalu gua mengesatkan air mata. Tak sempat lagi nak tanya "HOW OLD ARE YOU",  dah nak kena betulkan yang ni pulak. Semoga mereka insan-insan istimewa ni dirahmati. amiin




Thursday, February 16, 2012

Student Menguji Kesabaran 2



Situasi 2: DALAM KELAS



Kelas: 4 B
Masa : ENGLISH

Baru set induksi.. dah menguji kesabaran


"If people ask u  WHAT IS YOUR NAME? What should you answer??

Sambil tanya seorang-seorang, semua berjaya jawab dengan cemerlang.

"If people ask you HOW OLD ARE YOU???

sambil tunjuk seorang budak barisan pertama,

"Errrrrr...." sambil garu kepala tak gatal

"Okay you!" sambil tunjuk orang sebelahnya

"HOW OLD ARE YOU???" aku ulang lagi soalan

"hmm.. ARE YOU!" dengan selamber......

lepas tu daripada barisan 1st, sampai la meja barisan belakang sekali jawab

"ARE YOU"

T_T

tak pasal-pasal satu hari tu aku mengajar HOW OLD ARE YOU je...

Student Menguji Kesabaran 1

Situasi 1: UJIAN DIAGNOSTIK


Kelas: 3 A (relief)
Masa : Kertas Bahasa Malaysia (penulisan)

Sambil buat muka garang, ronda-ronda dalam kelas. Kebanyakan murid belum siap menjawab.
Taknak diorang bising, aku terus meronda dengan muka ketat. Tiba-tiba.......
 "WOI!!! MANA BOLEH PERGI TANDAS MASA TENGAH UJIAN"
jerit Mirul(bkn nama sbnar, murid 3A, anak seorang cikgu berpengaruh) kepada seorang murid 3B yg lalu didepan kelas..

perrghhhh panas hati gua.. mentang2 anak cikgu.. gua sabar....pandang sebelah mata, tutup dua belah telinga..


Dungggg!!!!...Dannnng!!!!! Dunggggg!!!... ada murid gendang meja kuat2...
ohhhh.. Mirul lagi... nak ku tangan, tak boleh..
pergi kat meja dia, semak kertas jawapan... cisss belum jawab satu pun bahagian bina ayat "nilai2 murni" yg diberikan.
Gua diri sebelah dia, paksa dia buat.. sambil sound

"mak awak kan terer BM, takkanlah awak x boleh nak jawab yang ni."


Seperti tercabar dengan kata-kata aku tadi, dia pun tulis jawapan..

Kasih Sayang
Amir sangat kasih sayang kepada keluarganya

Baik Hati
Asyraf seorang budak yang baik hati kerana membantu saya dalam pelajaran.

Tolong-menolong
Mirul dan Amir saling tolong-menolong antara satu sama lain

Patuh
Mirul patuh kepada arahan cikgu Asyraf.



Memang menggugat iman budak ni seorang..


p/s: Kalau aku ada anak, aku taknak hantar anak satu sekolah. Biarlah cikgu2 dia ajar sama adil dengan murid lain. Nak marah, marahlah. Jangan Bias!
































Tuesday, February 14, 2012

Guru Besar Pantau

Ok, harini pagi-pagi lagi guru besar masuk tiba-tiba untuk membuat pemantauan mengejut. Nasib baiklah dia masuk time muzik. Dengan dikurniakan suara ala-ala anuar zain, habis suara perut aku keluarkan. Dan hasil pemantauan...
Rancangan mengajar Harian anda ditulis dengan sangat baik. Suara Jelas, arahan tepat, dan kawalan kelas amat baik. Tulisan dipapan hitam kemas. Guru penyayang diterapkan. Tahniah,teruskanlah usaha.
T_T terharunyelah... mcm Guru Besar nak ambil hati je pun ada gak komen ni.. Apa-apa pun, ALHAMDULILLAH..... Memang memberi aku semangat dan aku nak mengajar lebih pun lebih yakin..mudah-mudahan.. P/S: bab tulisan kemas tu mmg magic pagi tu, slalu tulisan bersepah.. penangan GB pantau kot..haha

Thursday, February 2, 2012