Monday, January 9, 2012

Misi Posting 901: doa emak + harapan atok ayah VS borang posting + pendinding diri

Seperti yang di janjikan menteri yang bertanggungjawab (Dato seri Dr Wee Kasiong) pada twitter nya, dia menyatakan penempatan ke sekolah adalah pada hari ini.
walaupun ada sedikit sebanyak kekeliruan, penangguhan dari hari ke hari, jam ke jam, dan minit ke minit, alhamdulillah lewat malam 9 januari 2012, Semakan Penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) boleh dilakukan.

Sepanjang penantian keputusan penempatan guru ni, ramai kawan-kawan, kenalan saudara-mara termasuklah kat mak dan ayah aku tak habis-habis bertanyakan tentang posting. Kadang-kadang mereka terlebih excited berbanding tuan punya diri ni. Sampai Aku rasa sangat berdosa pada diorang sebab aku macam tak ada apa-apa perasaan pun nak posting ni. Aku memang macam ni, kalau sesuatu berita yang best, aku tak akan terlalu excited. Kalau aku over excited, mesti benda tu tak akan jadi kenyataan atau ada je halangan akan berlaku.

dan ini keputusan nya

Sunday, January 8, 2012

Hye..nama dia Natalia!

3 minggu lepas aku ada nak post entri baru, tapi sampai sekarang entri tu tak siak lagi.
Dan sekarang ada entri yang lain pula...



tiba-tiba sorang junior aku tegur aku kat FB.

Jr:aku tgk video ko mandikan hamster tadi..cute seh...hahaha

Aku:hahah cam syial la... zalia tayangkan ke ko rembat aku punye asgment?

Jr: x..zulkafli tyangkan...sumpah cute..ayu giler..hahaha

Aku: hahaha mana pulak en zul dapat cd tu? kantoi kot cara aku buat tu salah....hahaha video tu x wajib pun, saje je buat last2 minute nak psiko bdk team lain.. haha


*Zalia & zulkafli tu lecturer*

damn malu! terus aku cari balik video tu dan jumpa! hahah
diedit oleh aku dalam masa 1o minit je lagi nak dateline.
nk psiko group lain punye kerja!!
last-last semua group kena buat video.. kesian diorang
maafkan aku kawan-kawan =)
dan nama hamster group aku tu Natalia!!