Monday, July 20, 2009

aNDAI aKU mAMPU kE mASA lALU

Petang..

Aku: Cik Kan, if I present pic yang i dah capture before boleh? Maybe one or two..

Cik Kan: ok. but atmost three.. and different type of pic.. 

Malam..

Click my picture doc...

cari pic2 yang ada nilai estetika..

Rakan datang ke bilik..

Rakan: Oi..form gilo buat kerja Kan..

Aku: Takdelah..saje tengok2..

Rakan: Weh, nak pic budak kelas yang hang edit bole gerak2 tue..

Aku: bak sini pendrive...

copy then paste... then terdiam..sugul ble tetibe muncul satu pic nie..

Aku:  Amek nie, ngan wallpaper muka dak kelas aku bagi..

Rakan: ok thanx... 

lalu rakan keluar

click icon winamp...

Video clip backstreetboys- show me the meaning terpasang dengan sendirinya..

Niat aku nak post cerita pasal aku pergi bukit jalil tengok man utd haritu terbantut..

aku layan clip tue sampai abes... rupa-rupanya sumone dah bukak video nie kat winamp..

berulang-ulang lagu tue je.. aku biar... 

sambung melihat pic... tetiba sebak...

mungkin aku terlalu layankan sangat perasaan dan terpengaruh sangat dengan lagu nie..

banyak peristiwa suka duka yang aku dah lalui dan aku refresh semula ingatan aku dari kecik sampai dah cukup besar skung ni..

kalaulah aku ade kuasa, aku ingin kembali ke masa yang aku lalui dulu terutama saat2 aku bersama insan yang telah pergi selamanya.. terutama saudara-mara, cikgu-cikgu aku serta sahabat handai.. Aku nak rakam segalanya untuk aku dapat kenang sentiasa.. Dan aku akan sentiasa mintak maaf setiap segala tingkah laku aku.. Aku sedar tingkah laku sering tak disenangi.. Tapi aku xterdaya.. Inilah aku.. 

Bulan depan genap setahun seorang rakan sekelas aku meninggalkan aku dan rakan-rakan kelas yang lain buat selama-lamanya. Inilah saat paling sedih dalam hidup aku sehinggakan saat arwah pergi aku tak mampu menahan air mata aku. Kali pertama air mata aku mengalir tanpa henti di hadapan orang ramai. 

Melihat gambar arwah tadi betul-betul membuatkan malam aku hari ini menjadi muram, sunyi, dan sedih. Kelas juga kadang kala tiada penyeri kerana arwah yang sering meriahkan suasana kelas. Tiada lagi suara menjerit-jerit ajak kami sekelas untuk keluar dan pergi main. kalau tak, satu blok dengar arwah ajak main futsal.

Dan aku x menyangka, pada petang sebelum arwah meninggal, itu akan menjadi kali terakhir arwah untuk ajak aku main. Lepas je solat asar, sambil pegang al quran arwah ajak "P*ng, Mut, jom futsal." 

Dan saat arwah tersembam dan meninggal dunia semasa bermain futsal aku dapat lihat dengan mata kepala aku sendiri. Semua yang ade di situ bertungkus lumus untuk menyelamatkan arwah. Aku pula berlari sekuat hati ke gym untuk panggil lec. Dan arwah dunia di situ juga dan disahkan di hospital.

Lud...

aku rindu kau lud..

maafkan segala salah silap aku lud..

saat kau pergi aku tak sempat nak mintak maaf..

semoga rohmu dicucuri rahmat...

al-fatihah....

Monday, July 6, 2009

oH..aKU sUDAH mALAS sAMA fACEBOOK


4wd:
Sebab aku tak tau, so aku assume ramai lagi taktau pasal benda nih. So,
aku tulis jer benda nih utk korang hayati dan renungi. Pada yang dah tau
tu bagus la. Senang aku takyah cakap banyak lagi. Aku baru tau pasal benda
nih petang tadi. Nabi cakap, sampaikan dariku walaupun s ep otong ayat. Aku
pun sampaikanlah kat korang. Facebook adalah produk Yahudi!! Sebagaimana
kalo korang ikuti post aku sebelum nih yang menyarankan korang
meninggalkan Fotopages, kali ni sekali lagi aku menyarankan anda semua
diluar sana untuk Tinggalkan Facebook Demi Darah Saudara Kita di Palestin
Sana !!
Aku Bukan Cakap Kosong. Baca Dibawah!!
(Embedded image moved to file: pic17253.jpg)
Tahukah anda bahawa Facebook telah berjaya mengaut keuntungan sebanyak
USD300 juta pada tahun 2008? Ini tidak menghairankan kerana ia disokong
oleh 140 juta pengguna aktif di seluruh dunia dan sejumlah 8.5 juta foto
dimuat turun setiap hari.
Tahukah anda bahawa pengasas Facebook, iaitu Mark Zuckerberg dilahirkan
dalam sebuah keluarga Yahudi-Amerika dan dibesarkan di Dobbs Ferry,
Westchester County , New York ?
Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg semasa menuntut di Universiti Harvard
telah menggodam laman sesawang universiti untuk mendapatkan profail
peribadi para pelajar tanpa kebenaran mereka? Maka, adakah jaminan
terhadap profail peribadi para pelanggan Facebook tatkala kini beliau
adalah merupakan CEO-nya?
Tahukah anda bahawa Majalah Time telah mengiktiraf Zuckerberg dalam
ranking ke 52 daripada 101 tokoh sebagai antara 'tokoh paling berpengaruh
dunia 2008รข€², iaitu sebaris dengan nama besar Barrack Obama dan Dalai
Lama?
Tahukah anda bahawa majalah Forbes Top400 telah menyenaraikan Mark
Zuckerberg sebagai individu ke-321 terkaya Amerika daripada 400 individu
lain pada 2008? Namun apa yang lebih penting, Zuckerberg merupakan
individu termuda pernah disenaraikan Forbes, ketika usianya baru mencecah
24 tahun dengan kekayaan peribadi sebanyak USD1..5 billion.
Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg, CEO Facebook adalah merupakan seorang
ahli aktif k ep ada sebuah pertubuhan persaudaraan Yahudi Amerika Utara,
Alpha Epsilon Pi Fraternity (AEPi)?
(Embedded image moved to file: pic20024.jpg)
Sedikit Info tentang AEPi:
1) Diasaskan untuk membantu lelaki Yahudi mencari pasangan Yahudinya.
2) Ia juga bertujuan untuk mengekal dan menguatkan hubungan sesama Yahudi
diperingkat sekolah tinggi dan di bidang pekerjaan nanti...
3) Mengekalkan idealisme Yahudi supaya terjaga di sudut nilai, etika, dan
menyiapkan peserta untuk menjadi pemimpin negara dan organisasi Yahudi
pada masa d ep an dan dalam pelbagai lapangan bidang profesional.
4) Mark Zuckerberg termasuk dalam senarai alumni AEPi yang masyhur namanya
.
5) AEPi berkait secara langsung dengan Israel melalui Ik atan Inisiatif
Israel
6) AEPi sangat berkait rapat dengan kebanyakan pertubuhan Yahudi/Zionis
antarabangsa s ep erti AIPAC, Hillel, Israel on Campus Coalition, Aish
HaTorah, Chabad on Campus, Hasbara Fellowships, B'inai Brith International
, Shaare Zedek, Chai Lifeline, Holocaust Museum, dan Gift of Life.
Dan tahukah anda bahawa keuntungan Facebook d atan g daripada iklan-iklan
yang dipapar. Semakin banyak pengguna dan pengunjung Facebook, maka
semakin banyak pulalah keuntungannya. Pergi ke manakah pula semua
keuntungan tersebut?
Persoalan paling besar di sini ialah, adakah keuntungan besar yang
diperolehi oleh Facebook turut digunakan untuk membiayai dana perang
Israel menentang umat Islam di Gaza, Palestin dan umat Islam di seluruh
dunia?
Korang Masih Nak Guna Facebook Semata Mata Untuk Usha Awek2 Cun?!!
Fikirkanlah. .
Setiap Sen Yang Kita Berikan Pada Mereka Akan Mengalirkan Darah Saudara
Kita Setitik.
So, Boikot dan
Tinggalkan Facebook sebab aku anggap diorang sebagai saudaraku sendiri.
Aku tak sanggup tengok saudaraku diseksa sedemikian rupa. Aku masih ada
perikemanusiaan.




bERBUEH sIKET: Artikel pasal Mark Zuckerberg dan Facebook aku ambil bulat2 dari
Sejarah2U

Wednesday, July 1, 2009

sAYA rASA sAYA tERKENA tAG

Mari menjawab soalan dalam Bahasa Melayu.

1. Bekas kekasih saya adalah :
- kiera knightly….atau nama melayunya “kira sekali”

2. Saya sedang mendengar :
- azan isyak dari masjid sebelah…..jadi saya patut solat…..

.
.
.
.
.
.
Sambung selepas solat…..

3. Mungkin saya patut:
- baca doa dahulu, baru sambung menjawab….doa2….
.
.
.
.
.
.
Amiinnn………..sambung2

4. Saya suka :
- kalau orang tanya apa saya suka…rase stim je nak jawab….hikk…hikk…

5.Sahabat-sahabat baik saya :
-sedang mengorek hidung dan kemudian mencalit ditepi pinggan

6.Saya tak paham :
- soalan apakah in….

7.Saya kehilangan :
- idea untuk menjawab….

8.Ramai yang berkata :
- YA! Kepada yakult……..iklan2….

9.Makna nama saya :
- nama saya bukan Mak Na…. Mak Na ialah makcik si penjual pisang goring dikawasan perumahan saya..
Empat seringgit katanya…

10.Cinta itu adalah :
- watak utama didalam filem “Ada Apa Dengan Cinta” yang ditunjangi oleh dian sastrowardoyo yang beperwatakan lemah lembut dan amat comel mukanya pada waktu itu.heronya pula ialah Nicholas saputra sebagai rangga. Filem selama 112 minit ini diarahkan oleh pengarah Indonesia, Rudy Soedjarwo yang berbajetkan dalam Rp 4b…. sekian terima kasih..

11.Di suatu tempat, seseorang sedang :
- leka mencalit2 sesuatu di tepi pinggan…. *oh..itulah sahabat karib ku… saya hanya mampu tersenyum…

12.Saya akan cuba :
- mempertahankan tindakan sahabat karib saya itu..

13.Ayat SELAMANYA membawa maksud :
- …… yang tersirat

14.Telefon bimbit saya :
- telah saya tanggalkan butang untuk melayari internet pada minggu lalu… saya sering kehilangan jumlah baki kredit saya akibat tertekan butang tersebut tanpa saya perasan…mungkin saya perlukan telefon bimbit baru…

15.Bila saya terjaga dari tidur :
- saya cepat2 sambung tidur balik

16.Saya paling meluat apabila :
- makan mi bandung serta mi rebus ataupun udang…pasti muntah2 * meluat dan loya lain eh???

18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :
- ololo di pet society….

19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
- semasa sedang proses akil baligh… wah…. *garu2!!!!

20.Hari ini :
- hari rabu….esok pula khamis tetapi semalam selasa

21.Malam ini saya akan :
- tidur..

22.Esok pula saya akan :
- bangun.

23.Saya betul-betul inginkan :
- cermin untuk mencerminkan diri saya….

24.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :
- dah kurus rupanya saya…*ahaks2

25.Pusat membeli-belah atau arked permainan :
- adalah tempat mencuci mata untuk melihat perempuan2 PUSAT bertindik…heee

26.Makanan Barat atau Jepun :
- …dua Negara tersebut pernah menjajah tanah melayu.. saya pilih nasi lauk ikan masin sahaja..

27.Bilik yang terang atau gelap:
- adalah tempat yang terlalu peribadi bagi pasangan si suami isteri..

28.Makanan segera adalah :
- makanan yang perlu dimakan dengan laju…

29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?

- saya ingin katakana elaun saya sudah masuk!!!

30.Siapa yang anda nak Tag?

- sesiapa yang dah baca ni, harap jawab..sekian...

bERBUEH sIKET: bERBUEH jARI aKU nAK mENJAWAB sOKLAN nIE..